12 October 2012

DIY Mini Pelamin 2

Assalamualaikum...wbh.

Bestnya tido time2 hujan ni...hehehe,rasa malas nak pergi kerja pon ade gak...hahaha! Hari ini KeliGarfield rasa sleepy sangat2...so biar gambar sahaja lah yang berkata2...hahaha! malas tahap maksima...

~1st draf mini pelamin KeliGarfield~


~Final draft selepas di adjust2...~


11 October 2012

DIY Mini Pelamin 1

Assalamualaikum...wbh.

Hari ini nak KeliGarfield story-mory tentang projek DIY yang KeliGarfield search & cedok idea itu untuk projek DIY KeliGarfield. mmm buat apa tu ye? Hahaha, KeliGarfield pon terperanjat gak yang KeliGarfield boleh buat aktiviti2 seni ni...

First,  KeliGarfield kalerkan gabus@polisterin (xtau apa nama die...hehehe) dengan kaler tema KeliGarfield iaitu Merah!Jenuh tau nak kalerkan sebab KeliGarfield tersalah beli saiz berus...terambil berus yang kecik...Huhuhu rasa nak nangis time nak kaler mengaler ni...untuk dua gabus@polisterin ni KeliGarfield ambil masa 2 malam nak habiskan... T.T

Conteng trademark KeliGarfield & Mr. KeliGarfield

Selepas siap diwarnakan... Yippie!

Apabila dah siap main dengan water colour...tiba lah pada step membuat bunga tisu nya...huhuhu ni la part yang ambil masa selama 2 bulan untuk menyiapkan 250 kuntum bunga...Actually KeliGarfield mendapat idea dari salah satu blog ini Tutorial Bunga Tisu dan ini Tutorial Bunga Tisu 2. KeliGarfield menggunakan tisu IKEA juga cuma KeliGarfield tak gunting bahagian hujung tisu tu...maksudnya KeliGarfield biarkan dia berbentuk segiempat...

Then ini lah hasilnya bila KeliGarfield cucuk bunga2 yang da siap pada gabus@polisterin menggunakan jarum peniti...

Bunga-bunga cinta... ^_^


Berkat kesabaran dan kesungguhan KeliGarfield, alhamdulillah DIY mini pelamin KeliGarfield menjadi kenyataan!!! Thanks Mr. KeliGarfield  yang sentiasa memberi sokongan diwaktu KeliGarfield memerlukan...Thanks juga pada Zhie Xi & My Lovely Sis, Jiehah Rahim kerana telah membantu KeliGarfield menyiapkan bunga tisu KeliGarfield...

Hasilnya?????

Tunggu...

Birthday My Mom & My Cousin!

Assalamualaikum...wbh.

Allah selamatkan kalian...
Allah selamatkan kalian...
Allah selamatkan Nor Bahasirah & Nasrin Natasya...
Allah selamatkan kalian...

Blueberry Cheese!!!

Surprise cake for them...
Love U Always Mom!!!
Love U Too sweet cousin!

From left, Tasya, my mom and my dad...


KeliGarfield doakan emak sentiasa di dalam lindungan Allah dan diberkati hidup dunia dan akhirat. Terima kasih kerana melahirkan, menyusukan, menjaga, membesarkan, mengasihi, menyayangi, melindungi, membimbing, dan segalanya...Sayang emak selalu!!!Muah2!!!

KeliGarfield doakan Tasya sentiasa fokus untuk menjadi anak yang baik, pelajar yang cemerlang dan hamba Allah yang bertakwa. Jaga diri hiasi peribadi...Muah2!

08 October 2012

Hitamku hilang...

Assalamualaikum...wbh.

 Apa nak jadi dengan KeliGarfield entah la... Semakin malas update blog ni... Sudah bersawang la sayang... T.T Sebenarnya KeliGarfield sedey sangat2...sebab kucing kesayangan KeliGarfield telah menghilangkan diri seminggu sebelum Raya Aidilfitri yang lepas...Mula2 KeliGarfield rilek je sebab KeliGarfield fikir Hitam pergi jalan2 dengan makwe baru je...nanti Hitam lapo Hitam balik lah...tapi sampai pagi Raya, Hitam tak muncul2...Sob...Sob...Sob...

~Hitam~
Pulanglah Hitam...Kami rindu sama kamoo...Hanya beberapa keping gambar buat pengubat rindu...Lepas ni KeliGarfield tak nak bela kucing lagi...still mood sedey...Layan pics je lah...sob...sob...sob...

Sudi menemani ketika KeliGarfield sakit...
Buat muka xbersalah selepas sepahkan mini garden my mum...

MISS U HITAM!!!