12 October 2012

DIY Mini Pelamin 2

Assalamualaikum...wbh.

Bestnya tido time2 hujan ni...hehehe,rasa malas nak pergi kerja pon ade gak...hahaha! Hari ini KeliGarfield rasa sleepy sangat2...so biar gambar sahaja lah yang berkata2...hahaha! malas tahap maksima...

~1st draf mini pelamin KeliGarfield~


~Final draft selepas di adjust2...~


11 October 2012

DIY Mini Pelamin 1

Assalamualaikum...wbh.

Hari ini nak KeliGarfield story-mory tentang projek DIY yang KeliGarfield search & cedok idea itu untuk projek DIY KeliGarfield. mmm buat apa tu ye? Hahaha, KeliGarfield pon terperanjat gak yang KeliGarfield boleh buat aktiviti2 seni ni...

First,  KeliGarfield kalerkan gabus@polisterin (xtau apa nama die...hehehe) dengan kaler tema KeliGarfield iaitu Merah!Jenuh tau nak kalerkan sebab KeliGarfield tersalah beli saiz berus...terambil berus yang kecik...Huhuhu rasa nak nangis time nak kaler mengaler ni...untuk dua gabus@polisterin ni KeliGarfield ambil masa 2 malam nak habiskan... T.T

Conteng trademark KeliGarfield & Mr. KeliGarfield

Selepas siap diwarnakan... Yippie!

Apabila dah siap main dengan water colour...tiba lah pada step membuat bunga tisu nya...huhuhu ni la part yang ambil masa selama 2 bulan untuk menyiapkan 250 kuntum bunga...Actually KeliGarfield mendapat idea dari salah satu blog ini Tutorial Bunga Tisu dan ini Tutorial Bunga Tisu 2. KeliGarfield menggunakan tisu IKEA juga cuma KeliGarfield tak gunting bahagian hujung tisu tu...maksudnya KeliGarfield biarkan dia berbentuk segiempat...

Then ini lah hasilnya bila KeliGarfield cucuk bunga2 yang da siap pada gabus@polisterin menggunakan jarum peniti...

Bunga-bunga cinta... ^_^


Berkat kesabaran dan kesungguhan KeliGarfield, alhamdulillah DIY mini pelamin KeliGarfield menjadi kenyataan!!! Thanks Mr. KeliGarfield  yang sentiasa memberi sokongan diwaktu KeliGarfield memerlukan...Thanks juga pada Zhie Xi & My Lovely Sis, Jiehah Rahim kerana telah membantu KeliGarfield menyiapkan bunga tisu KeliGarfield...

Hasilnya?????

Tunggu...

Birthday My Mom & My Cousin!

Assalamualaikum...wbh.

Allah selamatkan kalian...
Allah selamatkan kalian...
Allah selamatkan Nor Bahasirah & Nasrin Natasya...
Allah selamatkan kalian...

Blueberry Cheese!!!

Surprise cake for them...
Love U Always Mom!!!
Love U Too sweet cousin!

From left, Tasya, my mom and my dad...


KeliGarfield doakan emak sentiasa di dalam lindungan Allah dan diberkati hidup dunia dan akhirat. Terima kasih kerana melahirkan, menyusukan, menjaga, membesarkan, mengasihi, menyayangi, melindungi, membimbing, dan segalanya...Sayang emak selalu!!!Muah2!!!

KeliGarfield doakan Tasya sentiasa fokus untuk menjadi anak yang baik, pelajar yang cemerlang dan hamba Allah yang bertakwa. Jaga diri hiasi peribadi...Muah2!

08 October 2012

Hitamku hilang...

Assalamualaikum...wbh.

 Apa nak jadi dengan KeliGarfield entah la... Semakin malas update blog ni... Sudah bersawang la sayang... T.T Sebenarnya KeliGarfield sedey sangat2...sebab kucing kesayangan KeliGarfield telah menghilangkan diri seminggu sebelum Raya Aidilfitri yang lepas...Mula2 KeliGarfield rilek je sebab KeliGarfield fikir Hitam pergi jalan2 dengan makwe baru je...nanti Hitam lapo Hitam balik lah...tapi sampai pagi Raya, Hitam tak muncul2...Sob...Sob...Sob...

~Hitam~
Pulanglah Hitam...Kami rindu sama kamoo...Hanya beberapa keping gambar buat pengubat rindu...Lepas ni KeliGarfield tak nak bela kucing lagi...still mood sedey...Layan pics je lah...sob...sob...sob...

Sudi menemani ketika KeliGarfield sakit...
Buat muka xbersalah selepas sepahkan mini garden my mum...

MISS U HITAM!!!

01 May 2012

Sedetik cuma...

Assalamualaikum...wbh.

Perghhh! Kali ni lagi lama KeliGarfield tak update blog... Hahaha bersawang sangat-sangat...mr KeliGarfield pon agak busy dengan student life nya...dan KeliGarfield pulak? Huhuhu macam2 perkara berlaku pada KeliGarfield pada awal tahun ni...Sampai tak teringat nak update blog ni...
So, entry kali ni KeliGarfield akan share beberapa story yang KeliGarfield lalui pada awal tahun 2012 ini...
Check it out!!!

Firstly, KeliGarfield telah melakukan pembedahan ACL pada lutut kiri KeliGarfield. Apa tu ACL? Dipendekkan cerita ACL tu adalah ligamen yang penting pada lutut kita. Lutut KeliGarfield telah mengalami kecederaan akibat daripada bersukan. Oleh itu, KeliGarfield harus melakukan satu pembedahan untuk reconstruction left ACL KeliGarfield. Kepada readers yang still xjelas apa tu ACL, KeliGarfield bagi beberapa link yang boleh bagi penjelasan details. Layannn k... Doktor Pakar di Malaysia & Utusan Malaysia.


My Sweet Lovely Cousin


Then tanggal 26hb 3 2012, pukul 10.15 malam KeliGarfield dan my lovely mum terlibat dengan kemalangan di km262 Lebuhraya Utara Selatan, senang cakap lagi 4km nak exit Simpang Empat, Alor Gajah, Melaka. Tapi Alhamdulillah my mum n KeliGarfield selamat. yang tak selamatnya adalah "My Cutest Car"...


Masa malam kejadian...


Keesokan harinya...


18 January 2012

Kisah 14 December & Malam Tahun Baru


Assalamualaikum wbh...

Lamanya KeliGarfield tak update blog ni...huhuhu! InsyaAllah lepas ini KeliGarfield cuba luangkan masa update dari semasa ke semasa...(chewahh ade ke yang nak baca?hahaha)...menulis ni adalah satu hobi...kalau kita xdapat luah melalui kata-kata kita luahkan melalui tulisan pulak kan?hehehe. Ok lah, KeliGarfield nak story-mory tentang kisah 14 December & Malam Tahun Baru yang dilalui KeliGarfield...

Actually 14 December ni tarikh birthday mr KeliGarfield... Jadi nak celebrate la kononnya...mmm niat asalnya nak suprise mr mr KeliGarfield...datang kolej after kerja n SUPRISE!!! Tapi last minute tukar plan, bagi tau nak jumpe sebab ada something nak bincang...konon2nya takut mr KeliGarfield tidur awal...last2 dalam pukul 11.45 mr KeliGarfield call inform yang mr KeliGarfield dah ada di Petronas Cyberjaya...alasannya nak jumpa sekejap...apalagi, ms KeliGarfield pun da gelabah sebab da plan nak suprise ms KeliGarfield...mmm nak buat camne ni ye???
Finally ms KeliGarfield tukar plan sorok kek kat sit kereta and ajak lepak kat kedai makan and nanti boleh lah suprise mr KeliGarfield kat kedai tu kan...hehehe! Lepas je mr KeliGarfield park motorbike dekat depan rumah then we celebrate di kedai makan berhampiran Bandar Nusaputra, Puchong...

Allah selamatkan kamu...
Allah selamatkan kamu...
Allah selamatkan Muhammad Asraf a.k.a mr KeliGarfield...
Allah selamatkan kamu...



Menjelang tahun baru 2012 yang lepas, mr KeliGarfield, ms KeliGarfield, Jiehah (ms KeliGarfield's sis) & Nana (ms KeliGarfield's cousin) pergi ke ICT Shah Alam... Asalnya niat ms KeliGarfield nak pergi ICT untuk ambil gambar sahaja bagi memenuhi impian Jiehah & Nana...Tapi bila sampai je di ICT kami berempat sangat terperanjat kerana ramai sangat orang  di sana...Rupa2 nya ada sambutan tahun baru di sini, huhuhu...Sungguh x alert langsung dengan keadaan sekeliling...hahaha!So kami pun mencari-cari parking...sangat jauh tapi amat berbaloi kerana boleh exercise...hehehe!Alhamdulillah ms KeliGarfield happy bila tengok senyuman kegembiraan di wajah adik dan sepupu ms KeliGarfield...itu tandanya diorang puas lah tu...Maklumlah da lepas beban SPM diorang...hehehe!  mr KeliGarfield & ms KeliGarfield pun enjoy walau agak penat sedikit...Maklumlah dua2 sakit kaki...hahaha! So, ms KeliGarfield pun kongsilah beberapa keping gambar yang sempat kami snap kat sana...Readers pon xpernah tengok wajah2 ms KeliGarfield kan? Hahaha! Jeng...Jeng...Check it out!