Assalamualaikum wbt,
Wacha!!!Kali ini KeliGarfield nak cerita topik santai-santai di Malaysia tercinta. Tanpa kita sedari sebenarnya Malaysia banyak tempat-tempat yang menarik dan cantik! Pulau, air terjun, pantai, hutan simpan, gunung-ganang dan pelbagai lagi. Tak percaya??? KeliGarfield listkan 5 pulau tercantik dan terindah di Malaysia...Check it out!!!
Pulau Sipadan, Sabah |
Pulau Sepadan ini terletak di Sabah. Menurut Tourism Malaysia, Pulau Sipadan mempunyai saiz yang agak kecil iaitu seluas 12 hektar dan satu-satunya pulau laut dalam di Malaysia. Ianya terletak kira-kira 700 meter dari aras dasar laut dan menjadi tarikan kepada pelbagai hidupan laut yang datang dari dasar laut. Pulau yang di kelilingi air laut yang bersih dan jernih ini mempunyai kekayaan hidupan laut yang menakjubkan. Antaranya penyu, kumpulan ikan aji-aji, 'bumphead parrotfish' dan ikan alu-alu yang banyak terdapat di sekitar perairan pulau terumbu karang ini. Kiranya ramailah penyelam-penyelam berminat di pulau ini sebab Pulau Sipadan adalah salah satu dari lima destinasi menyelam yang terunggul di dunia. Dan juga destinasi bulan madu impian saya!hehehe...