31 January 2011

5 Pulau Tercantik di Malaysia

Assalamualaikum wbt,

Wacha!!!Kali ini KeliGarfield nak cerita topik santai-santai di Malaysia tercinta. Tanpa kita sedari sebenarnya Malaysia banyak tempat-tempat yang menarik dan cantik! Pulau, air terjun, pantai, hutan simpan, gunung-ganang dan pelbagai lagi. Tak percaya??? KeliGarfield listkan 5 pulau tercantik dan terindah di Malaysia...Check it out!!!

Pulau Sipadan, Sabah

Pulau Sepadan ini terletak di Sabah. Menurut Tourism Malaysia, Pulau Sipadan mempunyai saiz yang agak kecil iaitu seluas 12 hektar dan satu-satunya pulau laut dalam di Malaysia. Ianya terletak kira-kira 700 meter dari aras dasar laut dan menjadi tarikan kepada pelbagai hidupan laut yang datang dari dasar laut. Pulau yang di kelilingi air laut yang bersih dan jernih ini mempunyai kekayaan hidupan laut yang menakjubkan. Antaranya penyu, kumpulan ikan aji-aji, 'bumphead parrotfish' dan ikan alu-alu yang banyak terdapat di sekitar perairan pulau terumbu karang ini. Kiranya ramailah penyelam-penyelam berminat di pulau ini sebab Pulau Sipadan adalah salah satu dari lima destinasi menyelam yang terunggul di dunia. Dan juga destinasi bulan madu impian saya!hehehe...

Pulau Tioman, Pahang

Pulau Tioman terletak kira-kira 56km dari pantai negeri Pahang. Tersohor sebagai salah sebuah destinasi percutian pulau yang terhebat di dunia, Pulau Tioman pernah menjadi lokasi penggambaran filem muzikal Hollywood, 'South Pacific' pada tahun 1959. Di pulau ini ada pemandangan yang mengagumkan termasuk karang lembut Gorgonian, karang Staghorn, 'nudibranch' dan pelbagai lagi. Penyelam2 boleh berenang di sebelah ikan Napoleon Wrasse yang besar, ikan Golden Striped Trevally, Bumphead Parrotfish dan kumpulan ikan Fusiliers. Wah!Bunyi cam best jew, jom lah kita pakat pergi sana!

Pulau Langkawi, Kedah
Pulau Langkawi ini merupakan pulau lagenda yang terkenal di luar negara. Ingat lagi kisah Mahsuri? Yang berdarah putih tu...dibunuh kerana fitnah dan akhirnya bersumpah tanah Langkawi menjadi padang jarak padang terkukur selama 7 keturunan. Banyak tempat-tempat bersejarah disini dan juga syok untuk membeli-belah...sebab Pulau Langkawi adalah zon bebas cukai!I LIKE!

Pulau Redang, Terengganu
Pulau Redang adalah salah satu pulau tercantik dan terbesar di Pantai Timur. Tanpa kita ketahui, Pulau Redang mengandungi dua buah bangkai kapal yang bersejarah iaitu HMS Prince of Wales dan HMS Repulse yang telah ditenggelamkan pada Perang Dunia II. So, bila pergi ke sana, kita akan merasa seperti di zaman pendudukan Jepun di Tanah Melayu.

Pulau Perhentian, Terengganu
Pulau Perhentian terbahagi kepada dua iaitu Pulau Perhentian Besar dan Pulau Perhentian Kecil. Pulau ini juga adalah salah satu kawasan bersejarah kerana merupakan tempat perlabuhan dan persinggahan tentera Jepun semasa ingin menyerang Tanah Melayu dahulu. Mempunyai pantai yang bersih dan sangat best untuk aktiviti 'snorkeling'.

Pada pandangan KeliGarfield, Malaysia terdapat banyak tempat2 menarik yang boleh kita kunjungi bersama yang tersayang, keluarga dan rakan2. Jadi, sebelum nak melawat negara orang apa kata kita jelajah dahulu negara kita sendiri, melihat keunikan negara kita. Jom Cuti-Cuti Malaysia!





No comments:

Post a Comment