21 February 2011

Spageti KeliGarfield

Assalamualaikum wbt...

Sempena cuti hujung minggu ni kan, KeliGarfield teringin la nak masak something special untuk housemate & si dia bukan nama sebenar... Jadi KeliGarfield dan Zhie Xi pun shopping la barang2 nak wat spageti kat Tesco... Nak tengok hasil orang yang tak berape nak pandai masak? hehehe... Bukan tengok rupe je... KeliGarfield nak kongsi resepi sekali... Saje nak ngengade...=p
So, check it out!!!

Bahan2:

Spageti                        1 bungkus
Sos Preego                  1 botol
Cendawan Butang        1 tin
Daging Cincang            500 gram
Tomato                        3 biji (potong dadu)
Carrot                          1 biji (potong dadu)
Bawang putih               4 ulas (mayang)
Bawang merah             1 biji (mayang)
Cili(kalau nak pedas)   
Origano (Italian Herbs) 
Garam
Butter
Susu


Cara2:

  1. Rendamkan dan rebus spageti dalam 11 minit (bergantung kepada jenis spageti tu, senang          cite tengok instruction kat pembungkus tu
  2. Letak sedikit garam & 1 sudu minyak @ butter dalam rebusan tadi supaya spageti tak melekat
  3. Untuk sosnya pula, panaskan sedikit butter dalam periuk
  4. Tumiskan bawang merah & bawang putih yang telah dimayang
  5. Tumis sampai naik bau, then masukkan daging cincang
  6. Setelah daging tu da masak, masukkan carrot yang dah dipotong dadu
  7. Agak2 da nak empuk, masukkan sos preego, tomato,cendawan butang & cili
  8. Kemudian masukkan sedikit susu untuk bagi lemak & manis cikit dan garam secukup rasa
  9. Seimbangkan rasa masam, manis dam masin. Kalau da ok rasenye, maka da siap lah!   

Tadaa!!! Bukti KeliGarfield masak... Ni KeliGarfield makan selepas jogging dengan si dia bukan nama sebenar...=D Selamat Mencuba!!!

Spageti KeliGarfield

6 comments:

  1. hahaha... konon2 nye nak diet... tp abes je jogging terus makan... huahuahua~

    ReplyDelete
  2. ape lagi.. korg tanak order ker??.. hahaha...

    ReplyDelete
  3. uiks???!! order??? g pizza hut terus, xpon g secret ke...

    ReplyDelete